Kerana Cinta - Exists (1991)
Dia jejaka rebutan
Punya segala kemewahan idaman
Dia yang jauh pandangan
Terang cahaya masa depan hidupnya
Dia membina kerjaya
Cergas segala gerak laku berjaya
Entah dimana silapnya
Terang cahaya makin suram akhirnya
Di saat mula mengenal rasa cinta
Dan bertemu kecewa...
Hilanglah punca berubahlah minatnya
Dan bertandang sengsara
interlude / solo
Dia mengenal hayalan
Serbuk putih menjadi teman harian
Badan susut tak keruan
Mukanya cengkung tinggal tulang tenggelam
Mengapa cinta yang dijadikan punca
Kehancuran dunia...
Mengapa dadah dijadikan penawar
Waktu jiwa sengsara...
Entah di mana silapnya
Terang cahaya makin suram akhirnya
Dia mengenal hayalan
Serbuk putih menjadi teman harian
Mengapa cinta yang dijadikan punca
Kehancuran dunia...
Mengapa dadah dijadikan penawar
Waktu jiwa sengsara...
Entah di mana silapnya
Terang cahaya makin suram akhirnya
Dia mengenal hayalan
Serbuk putih menjadi teman harian
Artis: EXISTS
Album: EXISTS
Lagu: Exists
Lirik: Rob
Durasi : 4.46
Post a Comment for "Kerana Cinta - Exists (1991)"